Friday, July 30, 2010

cerita pendek

PERSAHABATAN MELANGKAUI JURANG BANGSA

“ Kini , tibalah masa untuk mengetahui pemenang bagi pertandingan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang baru saja berlangsung, “ kata Faris Ahmad si juruacara. Aku memberi sepenuh perhatian terhadap setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya. Aku berdebar-debar. Aku tahu peluang untuk aku memenangi pertandingan tersebut tipis kerana saingannya yang hebat. “ Johan bagi pertandingan menulis cerpen jatuh kepada Sarah Dania dari kelas 5SE1, “ umum juruacara. Aku tergamam dan lidahku terkedu. Tepukan gemuruh yang dihadiahkan oleh pelajar-pelajar SMK Jalan Perak membuatkan aku gementar untuk ke pentas mengambil hadiah.

Di dalam kelas, ucapan tahniah tidak putus-putus diucapkan kepada aku. Aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelasku. Dua waktu terakhir sebelum berakhirnya sesi persekolahan pada itu ialah mata pelajaran Bahasa Malaysia. Guru mata pelajaran tersebut, Encik Hakim masuk ke kelas dan mengucapkan tahniah kepadaku. “ Baiklah pelajar-pelajar sekalian, hari ini cikgu tidak akan mengajar. Hari ini kita akan mendengar cerpen hasil karya pelajar kelas ini, Sarah, “ kata Encik Omar. Aku bangun ke hadapan kelas dan memulakan membaca cerpen aku itu.

Setiap pagi, Murugan, Lee Wei, Muhaimin, Azhani, dan Teeba akan datang ke rumahku. Mereka berlima ini merupakan sahabat baikku. Kami berenam pergi ke sekolah bersama-sama menaiki kereta Estima kepunyaan ayahku. Cadangan untuk pergi ke sekolah bersama-sama ini merupakan cadangan ayahku yang sangat mementingkan alam sekitar. Memandangkan aktiviti seperti ini boleh mengurangkan pelepasan asap kereta serta menyemarakkan semangat 1 Malaysia, sahabatku pun bersetuju.

Kami berenam menetap di Taman Seri Perak yang didiami oleh pelbagai kaum dan bangsa. Kami berenam mula berkawan sejak tadika lagi. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan dan berpakat untuk menjadi kawan baik di saat senang atau susah. Sepanjang tempoh persahabatan kami, kami tidak pernah bergaduh. Persahabatan suci kami ini dipenuhi dengan gelak tawa yang penuh keriangan kerana kami memahami antara satu sama lain. Semoga persahabatan ini akan kekal selamanya. Di sekolah, aku dan lima rakan baikku ini telah ditakdirkan untuk menuntut ilmu di dalam kelas yang sama. Hal ini merupakan satu kelebihan kerana kami tidak perlu bersusah-payah mencari ahli kumpulan yang berbilang bangsa untuk melakukan aktiviti pembentangan idea dan kumpulan belajar.

Untuk pengetahuan, kami berenam telah menguasai empat bahasa dengan baik sekali iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Bahasa Tamil. Murugan dan Teeba mengajar Bahasa Tamil. Lee Wei pula mengajar Bahasa Mandarin. Memandangkan kami semua sudah lama fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, aku, Muhaimin, dan Azhani ditugaskan mengajar mata pelajaran Sejarah. Semangat bekerjasama antara kami berenam sangat teguh ibarat teguhnya Menara Berkembar Petronas.

Namun, malang tidak berbau. Pada suatu hari, Murugan datang kepadaku dan memberi khabar yang menyedihkan. Ayahnya kini tenat dan tidak mempunyai harapan untuk hidup lama kerana menhidapi penyakit barah otak. Aku terkejut. Lantas aku menenangkannya dan melaporkan berita sedih itu kepada rakanku yang lain. Petang itu juga aku dan empat rakanku yang lain bersama keluarga pergi ke hospital untuk melawat ayah Murugan. Kami masuk ke bilik ayah Murugan ditempatkan dan tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat tubuh ayahnya sudah diselubungi kain putih. Bilik itu suram dan hanya kedengaran tangisan teresak-esak.

Seperti jatuh ditimpa tangga. Penderitaan keluarga Murugan belum berakhir di situ. Suatu malam, rumah Murugan telah terbakar akibat litar pintas. Murugan berjaya menyelamatkan dirinya, namun ibu serta adiknya meninggal dunia kerana terhidu asap yang berlebihan. Penduduk Taman Seri Perak berusaha untuk memadamkan api kebakaran. Namun, semua harta benda milik keluarganya hangus dijilat api marak. Murugan tabah menghadapi segala dugaannya yang menimpanya. Disebabkan sebatang kara, ayahku mempelawa Murugan tinggal bersama keluargaku.

Pengumuman telah dibuat. Hari ini kutipan derma akan dijalankan di sekolah bagi meringan beban Murugan. Kutipan derma turut dilakukan di taman perumahan tempat tinggal kami. Kami juga meminta bantuan daripada wakil rakyat. Hasil kutipan yang dapat kami kumpulkan ialah sebanyak RM 5164. Hasil kutipan yang tidak seberapa itu digunakan sebaik mungkin oleh Murugan untuk membeli buku-buku sekolah.

Kringgg... Loceng yang menandakan tamatnya sesi persekolahan berbunyi. Rakan sekelasku meluru keluar, yang tinggal menemaniku ialah lima rakan baikku iaitu Murugan, Azhani, Lee Wei, Muhaimin, dan Teeba. Murugan menitiskan air matanya dan terus berkata, “ saya bangga dan bersyukur mendapat kamu semua sebagai sahabat saya, “ . Kami berenam menangis terharu mendengar kata-katanya itu lalu meninggalkan kelas dengan harapan persahabatan ini akan kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment